hati ku terlalu kosong..sepi..yang tinggal hanyalah sebuah kenangan..segala rahsia terbongkar akhirnya..ya ALLAH berat sungguh ujian yang harus aku lalui kini..nape la aku terlalu lembut hati..2 kali aku tertipu dengan janji2 palsu yang ditabur..pagi 28hb x kan aku lupakan bila aku mendapat panggilan dari seseorang yang membuatkan aku lemah longlai..bergegar jiwa ku takkala aku tahu cerita sebenarnya..mmg btl keputusan yang aku wat sebelum ini..tapi pedihnye hanya AllAh SWT yang maha mengetahui..aku terlalu hiba terlalu sedih bila aku tahu aku di tipu dan dipermainkan sebegitu rupa..aku cuba menahan sebak di dada..tapi hari kedua selepas peristiwa itu berlaku aku tidak mampu lagi menahan sebak di dada..air mata aku mengalir jua..aku menangis bukan kerana aku tidak bleh tima hakikat tapi sedih kerana tergamak dia menipu aku sampai begitu sekali..pengorbanan aku sia2. saje..salah aku juga degil dulu nk bagi lagi peluang pada org yg mmg tak penah mengerti ape itu kasih sayang yg ikhlas..aku tbe2 jatuh sakit kerana rasa tertipu sangat..terlalu pedih..hanya kepada Allah aku memohon kekuatan dalam melalui semua kisah ini..mungkin kini ALLAH telah berikan aku petunjuk dan menemukan aku dengan seseorang yang aku rasa terlalu baik..sampai aku terfikir layak kah aku untuk bersama dengan dia..tetapi makin lama semakin kukuh ikatan itu..mak, kwn2 semua merestukan hubungan kami..tapi kekecewaan yang aku rasa membuatkan aku rasa terlalu serik tuk melalui semua itu...tapi andai dia mmg di takdir untuk bersama aku membimbing diri ku ini..aku redha dan aku berdoa bia ianya kekal tuk selamanya..kekecewaan yang aku lalui sangat meninggalkan kesan mendalam dalam diriku..tapi ALLAH SWT maha kuasa DIA memberi ku petunjuk dan kini semua telah terbongkar jua akhirnya..yang tinggal hanya sepi..sepi..dan terus sepi..
Wednesday, September 30, 2009
Friday, September 11, 2009
sAYANG awk..
emmm sayang awak?? sayang siapa ye..sayang kt org yang wat kita hepi kembali skrg ni..tima kasih 4 everything especially my friend..bdk2 umah..tanpa korang semua my life rasa kosong sgt bila aku frust gle ari tu..klaka plak bila ingat saat2 tu..emm..ura..k.aida..k.akma..haiza..cik dee..n x lupa juga pd cik bibah walaupun dia yg plg lbt dpt tau cte panas n sedih tue...emmm..sedar x sedar dh kt 3 bln kita org stay kt cni n x lama lg training pun dh nk abis..sedar x sedar juga hbgn aku dgn someone yg penah aku syg sgt pun dh x de lg..emm..but it's ok..maybe ini semua takdir dalam hidup aku..tuk melalui satu lg fasa baru dalam hidup aku..stop cte lama n buka cte baru..sayang my special one juga..emm hepi ngan dia..coz dia bek sgt..emm..thanks 4 everthing ye..oh nk tau x..ikan leh berjalan hee..hee..ade org tu ckp ikan berjalan..hee..hee..sape la agaknya org tu ye..huaa..huaa..ikan x berjalan tp berenang la abg..hee..hee..anyway 4 u all yg byk support kte dulu thanks a lot..tima kasih semua..hanya Allah yang mampu membalasnya..no more tears in my life i hope..sayang Sgt awak2 semua ni..muahhh..muahh
nur Kasih Mu..
ketika aku hanyut dalam sebuah fantasi mimpi... terumbang ambing mencari titik persinggahan.. aku terdampar di lubuk sepi.. AKu terus mencari arah sinar KasihNYA.. dikala itu Aku terlupa..aku terleka.. mungkin Kerana ingin menyedarkan Aku dr terus di lambung kelalaian dunia.. Aku di UJi sebegini.. dalam redup malam aku bersujud mencari Nur Kasih Mu YA Allah.. dulu aku terlalu alpa.. aku terleka.. tetapi kini aku sedar bahawa nur kasihMU sentiasa bersama ku.. Menemani diri KU.. Hanya PAda mu aku bermohon semoga NUR kasih mu sentiasa bersamaku.. melindungi Aku dari kejahilan duniawi.. yang pasti aku tidak ingin menoleh kembali Pada masa yang lalu.. kerana ia sebuah kisah yang hanya bisa membuatkan Aku lemah.. padaMU YA tuhanku..aku bermohon semoga nur KAsih kembali bersinar..
Thursday, September 10, 2009
cinta ice mango vs nasi claypot..
emmm sdpnye ice mango..kena plak ngan claypot hot spicy..emm mmg sdp..ble buka posa mkn tu..rasa sedAP sgt..nikmat je..aahhh..sedap tau..nk tau kt ne kita org berbuka..kt mid valley..mid valley tu sentiasa je sesak..mid valley juga menyimpan byk kenangan ketika aku bersama org yang aku penah syg 1 ketika dulu..tp tu cite lama..x yah nk di ingat lg..so aku nk story ckit bab cinta aku pada ice mango yg sedap ni..emmm nikmat gle ble ice yang d blend then plus ice cream also mango msk dlm mulut..emmmm..emmm..fuhyooo sgt sdap..ilang segala duka dan sengsara..hee..hee..ina ngan d pun sama dh jd pencinta ice mango..walaupun ikut kan ati agak penat la dr amcorp mall patah blik ke mid valley semata2 sbb buat ati baru aku ice manggo..oppss hampir terlupa plak ttg hot n spicy chicken rice claypot emm tu pun sedap..pendek kata semua sedAP..ABIs licin kita org makan sampai dah x larat nk bergerak..hee..hee..tp walaupun begitu sedap aku still ingat kt my lovely one..sape ye..emm..emm t kita story sape org tu..oohh ice mangoo love u so much..hee..eee..semoga aku akan gembira seperti dulu kembali..dan awan mendung akan bergerak pergi dan yang tinggal adalah sinar kegembiraan..ape pun hepi sgt bila mkn ice mango tu..
berakhir Sebuah kisah..
tanpa di sedari masa pantas berlalu pergi..kini ramadhan sudah tiba di penghujungnya..entah aku sempat atau tidak untuk bersama Ramadhan yang akan datang..kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa hadapan..ramadhan kali ini pelbagai peritiwa yang melanda diri ku..ada yang sedih ada juga yang bahagia..dan ramadhan kali ini juga aku di KL..kisah duka dan kisah bahagia silih berganti..tetapi dibalik kedukaan itu ada sebuah sinar harapan yang kian menjelma..semoga sinar itu terus menerangi diri ku ini.memang sukar untuk melupakan kisah lalu tetapi nak x nk kena lupakan juga..kisah dulu x ingin lagi aku kenangi..aku ingin membina hidup yang baru..bersama semua teman dan dia..siapa dia..mmm..someone special..hee..hee..ape pun live must go on..i'm back..i'm hepi..berakhirnya sebuah kisah..
Tuesday, September 8, 2009
cinta Vs air Mata..
bukan mudah untuk melupakan sebuah kisah cinta yang di bina dari sebuah pengorbanan dan kejujuran..di ruang yang ada ini..aku semakin di himpit oleh kesakitan yang mengcekam jiwa..aku tak ingin ini semua terjadi..tetapi akan daya..takdir telah menentukan segala..kini aku pasrah dalam melalui hari2 yang mendatang..aku ingin memulakan hidup yang baru melupakan segala duka lalu..tetapi ntah lah..sayang..kasih..mungkin adat dalam sebuah percintaan..aku mencari sebuah cinta yang sejati..sebuah cinta yang hakiki..mungkin ada hikmah atas semua yang terjadi ini..setahun lamanya aku cuba pertahankan tetapi aku gagal juga..pengorbanan aku tak dihargai..kecurangan demi kecurangan dilakukan di belakangku..tetapi aku sering kali memberi peluang kepadanya untuk mengubah dirinya..tetapi itu semua hanya sia2..kasih aku di sisihkan..dan aku terus di lukai..mungkin benar kata kawan2 ku aku terlalu baik dan suka memberi kemaafan..tetapi kini aku tak sanggup lagi terus di sakiti sedangkan dia sedang bergembira bersama orang lain di luar sana..aku sering terfikir tiadakah insan yang baik yang akan hadir dalam diri ku yang benar2 tulus mencintai aku dan akan bersama aku untuk selamanya..mmg terlalu sakit bila cinta dikhianati dan di curangi..mungkin ALLAH maha kuasa lebih mengetahui segalanya..sudah terlalu banyak aku memberi ruang untuknya..dan rasanya sudah cukup setakat ini saja..apa yang pasti hati ini telah dilukai dan hanya air mata menemani diri..ada seorang teman menyatakan air mata kerana cinta itu sebuah penyesalan..ya benar penyesalan yang mematangkan diri supaya tersedar dari sebuah permainan dan kembali ke alam realiti..hanya ALLAH SWT yang tahu hati aku kini..semoga semua ini akan berlalu pergi dan ada sebuah sinar cahaya untuk diri ku..
Friday, September 4, 2009
RealitI Sebuah KEhiduPan..
Tak semua yang ingin kita miliki akan kita kecapi..dan apa yang kita kecapi itu mungkin juga bukan apa yang ingin kita miliki..Aku sendiri tidak pasti apa yang akan ku miliki di kemudian hari..kadangkala aku sangat resah memikirkan masa depan..dan kadangkala aku menjadi takut untuk memikirkannya..sebagai seorang HambaNya..aku pasrah melalui liku-liku hidup ini..cinta, persahabatan, kerjaya antara liku2 hidup yang harus aku lalui..aku pernah dilukai aku pernah di sakiti..aku pernah jatuh..dan aku juga pernah tersungkur..semua itu telah aku lalui..dan kini aku kembali meneruskan perjuangan yang belum lagi pasti bila akan berakhir..mahu atau tidak, hidup ini perlu di teruskan jua..mungkin ada RahmatNya mengapa aku harus melalui ini semua..aku sendiri tidak mengerti mengapa perjalanan hidup ini penuh dengan onak dan duri..suatu ketika dulu aku pernah hanyut dalam fantasi duniawi tetapi kini aku sedari itu hanya bisa merosakkan diri..aku kembali dalam realiti mencari sinar yang hakiki..tetapi untuk mencari sinar itu aku perlukan seseorang untuk membimbing ku..dulu aku fikir orang itu aku telah temui..tetapi aku salah menilai..mungkin dia bukan di takdir untuk bersama ku..ntah aku sendiri tidak tahu..yang aku tahu aku perlu terus berusaha mencapai kejayaan..kerana itu saja yang mampu membuatkan aku kembali bersemangat untuk meneruskan realiti sebuah kehidupan..
Subscribe to:
Posts (Atom)