hati ku terlalu kosong..sepi..yang tinggal hanyalah sebuah kenangan..segala rahsia terbongkar akhirnya..ya ALLAH berat sungguh ujian yang harus aku lalui kini..nape la aku terlalu lembut hati..2 kali aku tertipu dengan janji2 palsu yang ditabur..pagi 28hb x kan aku lupakan bila aku mendapat panggilan dari seseorang yang membuatkan aku lemah longlai..bergegar jiwa ku takkala aku tahu cerita sebenarnya..mmg btl keputusan yang aku wat sebelum ini..tapi pedihnye hanya AllAh SWT yang maha mengetahui..aku terlalu hiba terlalu sedih bila aku tahu aku di tipu dan dipermainkan sebegitu rupa..aku cuba menahan sebak di dada..tapi hari kedua selepas peristiwa itu berlaku aku tidak mampu lagi menahan sebak di dada..air mata aku mengalir jua..aku menangis bukan kerana aku tidak bleh tima hakikat tapi sedih kerana tergamak dia menipu aku sampai begitu sekali..pengorbanan aku sia2. saje..salah aku juga degil dulu nk bagi lagi peluang pada org yg mmg tak penah mengerti ape itu kasih sayang yg ikhlas..aku tbe2 jatuh sakit kerana rasa tertipu sangat..terlalu pedih..hanya kepada Allah aku memohon kekuatan dalam melalui semua kisah ini..mungkin kini ALLAH telah berikan aku petunjuk dan menemukan aku dengan seseorang yang aku rasa terlalu baik..sampai aku terfikir layak kah aku untuk bersama dengan dia..tetapi makin lama semakin kukuh ikatan itu..mak, kwn2 semua merestukan hubungan kami..tapi kekecewaan yang aku rasa membuatkan aku rasa terlalu serik tuk melalui semua itu...tapi andai dia mmg di takdir untuk bersama aku membimbing diri ku ini..aku redha dan aku berdoa bia ianya kekal tuk selamanya..kekecewaan yang aku lalui sangat meninggalkan kesan mendalam dalam diriku..tapi ALLAH SWT maha kuasa DIA memberi ku petunjuk dan kini semua telah terbongkar jua akhirnya..yang tinggal hanya sepi..sepi..dan terus sepi..
Wednesday, September 30, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
bersabarlah atas ape yang terjadi... ada hikmah disebalik kejadian ini...
ReplyDeletesakit... mmg sakit...
pedih... mmg pedih...
tetapi kehidupan ini perlu diteruskan... ambillah iktibar untuk hari yang mendatang agar kehidupan nnt lebih bermakna..."kullu sannah anti toibah"...
Kesabaran itu adalah bekalan orang yang terpaksa, dan kerelaan itu adalah darjat ketinggian para arif.Bersabarlah..mungkin ada hikmah disebalik kejadian.
ReplyDeleteRenungkanlah...
Demi Allah Yang Maha Esa, Sesungguhnya tidak disediakan jalan yang mudah untuk menuju cinta Mu..menitis air mata tatkala merindu…menitis air mata tatkala merasakan semakin menjauh…tetapi janji Allah tetap segar dan mekar tanpa pengkhianatan..kerana ku tetap yakini..Allah menyatakan “Wajiblah cintaKu kepada orang-orang yang berkasih sayang kepadaKu”
(Asy-Syahid Hassan al-Banna)
Sahabatku, ketika detik merasakan asamu semakin rapuh. Kentalkanlah azammu dan terus berjalan dalam xsedar..percayalah,kamu akan tiba dipenghujung kembara...dengan semangat yang lebih membara...percayalah wahai sahabat!
ReplyDelete